Perkahwinan atau nikah
menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah
Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan
perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan
yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran
bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan
perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah
perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui
bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s.
bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang
dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem
perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan
mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama
dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan
pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat,
antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan
sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan
anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang
sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir
daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka
berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki
melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan
ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan
bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain
itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti
perkahwinan berlainan keturunan.
Jenis-jenis
perkahwinan
Poligami adalah perkahwinan
lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini.
Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara
China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat
Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya
dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
Poliandri merupakah
perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki
(konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali
di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya
masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang
wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan
ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.
Monogami merupakan cara
perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan
jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah
suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah
penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
Hukum
hukum perkahwinan dalam Islam
Wajib kepada orang yang
mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina
dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu
membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya.
Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana
gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji
yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam
segala aspek.
Sunat kepada orang yang
mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang
tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum
asal perkahwinan
Makruh kepada orang yang
tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak
memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.Haram kepada orang yang
tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak
berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri
jika dia berkahwin.
Hikmah
perkahwinan
· Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks
melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainyadapat dielakkan.Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih
sayang dan ketenteraman
· Memelihara kesucian diri
· Melaksanakan tuntutan syariat
· Menjaga keturunan
· Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
· Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
· Dapat mengeratkan silaturahim
· Memelihara kesucian diri
· Melaksanakan tuntutan syariat
· Menjaga keturunan
· Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
· Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
· Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil
pensyariatan
·
Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
·
Surah An-Nuur: ayat 32
·
Surah An-Nahl: ayat 72
·
Surah Yaasin: ayat 36
·
Surah Ar-Rum: ayat 21
·
Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
·
Surah Luqman: ayat 10
·
Surah Qaf: ayat 7
·
Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Pemilihan
calon
Islam ada menggariskan
beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam.
Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan
ini.
Ciri-ciri
bakal suami
·
beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
·
bertanggungjawab terhadap semua benda
·
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
·
berilmu agama agar dapat membimbing bakal
isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
·
tidak berpenyakit yang berat seperti gila,
AIDS dan sebagainya
·
rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga
seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri
bakal isteri
·
beriman & solehah
·
rupa
paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
·
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
·
menentukan mas kahwin yang rendah
·
wanita yang subur
·
masih
dara
·
berasal dari keturunan yang baik
·
bukan
keturunan terdekat
·
tidak
memandang harta semata-mata
Sebab
haram nikah
Perempuan yang diharamkan
berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia
dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu
mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa,
emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan
anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
·
Ibu
·
Nenek sebelah ibu mahupun bapa
·
Anak perempuan & keturunannya
·
Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau
sebapa atau seibu
·
Anak perempuan kepada adik-beradik kandung
·
lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak
saudara perempuan
·
Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
·
Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
·
Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki
disebabkan oleh susuan ialah:
·
Ibu susuan
·
Nenek dari sebelah ibu susuan
·
Adik-beradik perempuan susuan
·
Anak perempuan kepada adik-beradik susuan
lelaki atau perempuan
·
Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa
susuan
·
Perempuan mahram bagi lelaki kerana
persemendaan ialah:
·
Ibu mentua dan ke atas
·
Ibu tiri
·
Nenek tiri
·
Menantu perempuan
·
Anak tiri perempuan dan keturunannya
·
Adik ipar perempuan dan keturunannya
·
Emak saudara kepada isteri
·
Anak saudara perempuan kepada isteri dan
keturunannya
Peminangan
Pertunangan atau bertunang
merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan
perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang
merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam.
Peminangan
adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan
hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan
tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan
merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan
oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh
wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa
peminangan dilakukan.
Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana
tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat
bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan
kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah
RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin
dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya
tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya
perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan
larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA
bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang
saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan)
Nikah
Rukun
nikah
·
Pengantin lelaki
·
Pengantin perempuan
·
Wali
·
Dua orang saksi lelaki
·
Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat
bakal suami
·
Islam
·
Lelaki yang tertentu
·
Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
·
Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah
tersebut
·
Bukan dalam ihram haji atau umrah
·
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
·
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah
dalam satu masa
·
Mengetahui bahawa perempuan yang hendak
dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat
bakal isteri
·
Islam
·
Perempuan yang tertentu
·
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
·
Bukan seorang khunsa
·
Bukan dalam ihram haji atau umrah
·
Tidak dalam idah
·
Bukan isteri orang
·
[sunting]Syarat wali
·
Islam, bukan kafir dan murtad
·
Lelaki dan bukannya perempuan
·
Baligh
·
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
·
Bukan dalam ihram haji atau umrah
·
Tidak fasik
·
Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua
dan sebagainya
·
Merdeka
·
Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan
hartanya
·
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan
syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas
maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati,
kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di
ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis
wali
Wali
mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa
kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu
perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan
kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali
aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak
menjadi wali
Wali
ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak
menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan
berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika
tiada yang terdekat lagi.
Wali
raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan
oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik
menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat-syarat
saksi
·
Sekurang-kurangya dua orang
·
Islam
·
Berakal
·
Baligh
·
Lelaki
·
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
·
Dapat mendengar, melihat dan bercakap
·
Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan
tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
·
Merdeka
Syarat
ijab
·
Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
·
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
·
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
·
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti
mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh
tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
·
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat
sewaktu ijab dilafazkan)
·
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata
kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti
Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000
tunai".
·
[sunting]Syarat qabul
·
Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
·
Tiada perkataan sindiran
·
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
(atas sebab-sebab tertentu)
·
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti
mutaah(seperti nikah kontrak)
·
Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat
sewaktu qabul dilafazkan)
·
Menyebut nama bakal isteri
·
Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan
dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana
Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000
tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan
Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin
khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan
lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan
itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali
akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan
berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para
hadirin
Sejurus itu, mas
kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan
selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami
sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan
suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan
suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut
sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan,
suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta
untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan
berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu
mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping
mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu
membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan
perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?
Wakil
Wali/ Qadi
Wakil wali/Qadi adalah orang
yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk
menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan
bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas
kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan
kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu.
Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan
berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan
dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan
perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak
tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi
memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi
selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan
dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan
sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka
dan akhil baligh.
Mahar
Mahar ialah pemberian yang
wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia
juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah
an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya
jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan
oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang
mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti
rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah
kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah
ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang,
suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara
syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya
kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar
wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah
dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh
daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar
masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas
isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Jenis
mahar
Mahar
misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin
sebelumnya
Mahar
muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau
ditentukan oleh perempuan atau walinya.
Walimatulurus
Walimatulurus atau kenduri
kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya
adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan
kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk
orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat
menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga
mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas
akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan
saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi
pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara
bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama
sekali berhutang yang membebankan.
Dalam menganjurkan agenda berkaitan
Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah
dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa
yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga
tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok
dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat
kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah
menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung
tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara
terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh
pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan
was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.
Konsep
yang diharamkan dalam Islam
Konsep
rahbaniyah
Perkataan rahbaniyah
bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi .Di dalam Islam,
membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri
dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha, Jain dan
sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu
dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang).
Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu
duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang
sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana
Dalam agama Kristian ada
ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad
ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan
sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah
berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara
menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang
berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana
perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka
tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang
benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang
demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja
[7].
Selain itu, perkahwinan juga
ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu
sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai
penghalang membina rumahtangga.
Konsep
ibahiyah
Istilah ibahiyah diambil
dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud
membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas,
homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang
menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian
Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan
sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang
mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan,
jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara
kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan
wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai keruntuhan
akhlak
·
wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya
(anak luar nikah)
· Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
· Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
· Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
· Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
· Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
· Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan
Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan
tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas
berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar
keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes
pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita
Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh
wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah
dengan suami Homoseksual & Lesbian:
Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki
dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita.
Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah
menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus
meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk
Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch
bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan
lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah
yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai.
Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran
‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu
membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.