Ketika di alam percintaan, apa sahaja yang anda pakai dan lakukan
pastinya mendapat pujian daripada kekasih.Berbeza pula sesudah berkahwin, ramai
wanita merungut tidak mendapat perhatian yang sama dari kekasih yang kini sudah
bergelar suami.
Sebagai seorang isteri, bagaimana cara terbaik untuk kita mendapatkan
semula perhatian dan pujian sebegitu daripada suami tersayang?
Sekiranya pasangan anda sudah hampir 'melupakan' kata-kata atau
ungkapan pujian dan perhatiannya kepada anda, mungkin anda boleh bertindak
memulakannya dahulu untuk menarik perhatian suami anda.
Namun, mengembalikan semula daya tarikan anda kepada suami, bukan
sekadar lebih bercirikan fizikal dengan menukar penampilan kepada yang lebih
menawan. Sebenarnya ia memerlukan lebih dari itu.
Jaga penampilan
Adalah penting untuk menukar penampilan anda kepada lebih bersih dan
kemas apabila di rumah. Jangan hanya setakat berbaju tidur atau berbaju kelawar
sepanjang hari. Jika anda suri rumah sepenuh masa, bila suami balik, ambil kesempatan
untuk mandi, segarkan diri dan berpakaian bersih untuknya.
Tanya pendapatnya
Cuba tanya pendapatnya mengenai baju yang anda mahu beli ketika keluar
membeli-belah. Biar dia tahu apa yang anda pakai semuanya adalah mengikut cita
rasanya.
Kekal bentuk badan
Cuba kekalkan bentuk tubuh anda biarpun tidak seperti ketika anak dara.
Beli sesuatu yang 'rahsia'
Beli pakaian dalam yang disukainya dan biarkan dia tahu dia sentiasa di
ingatan anda.
Jangan terlalu berkira
Luangkan sedikit masa dan wang dengan menjaga penampilan anda. Pergi
spa, buat cucian muka, belanjakan untuk kuku dan tangan anda yang cantik, belia
alat solek untuk berhias dan sebagainya.
Mulakan langkah awal
Cuba goda si dia dan berikan gerakan nakal anda sebagai langkah awal.
Kadangkala, pasangan anda agak jemu dengan taktik yang sering dimainkannya, apa
lagi, cubalah taktik baru dengan anda memulakan gerakannya dahulu.
Sumber Dari Utusan Malaysia
Sumber Dari Utusan Malaysia