Berita Ranjang WAJIB TAHU !




14 Tips Tarik Suami Ke Ranjang

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

 7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.

14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

Adakah Wanita/Isteri itu Queen Control ?


"Abang, gaji bulan ini ayang nak beli sofa baru!", "Abang ,bulan ni , ayang nak rantai emas baru!", Abang, ayang tak kira! Kita mesti balik rumah mak say dulu baru rumah mak awak!"  " Abang dekat mana? Tak reti nak balik ke? Pukul berapa nak balik hah?

Mungkin kita tak percaya, kadang-kala  wanita " Queen Control!' kini semakin ramani dan menjadi-jadi.Sering kali  berlaku sebegini apabila si isteri lebih berkedudukan dari si suami atau si isteri dari kalangan keluraga yang berada. Wanita ' Queen Control!" akan sering berasa hanya dirinya sahaja yang sempurna dan tidak pernah buat silap, malah dimatanya semua orang tidak sempurna.Oleh kerana itu dia akan sering mengarah mengikut kehendak dan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan pasangan.

Mungkin kebanyakan lelaki di luar sana, takut diejek atau di kutuk kawan kerana tidak berani melawan isteri atau bersikap tegas pada isteri hingga isteri berani meningggikan suara kepada sisuami.Namun tahukah hakikat sebenarnya, lelaki yang bersabar dengan kerenah isterinya sangat menyayangi isteri dan hubungan rumah tangga mereka, kerana itulah lelaki akan mengalah jika isterinya lebih bersikap "panas" dari si suami. Tapi awa ! ksabaran ada hadnya juga.Jika sudah melampau mungkin si suami akan membuat keputusan dan ketika itu tidak ada apa yang hendak dibetulkan lagi.

Disini kami ediakan beberapa tips buat tatapan suami yang amat penyabar atau bakal bergelar suami yang mngkin mengalami masalah " Wanita Queen Control'.

Bersua pendapat atau kehendak anda dengantegas jika si isteri menyatakan hasrat atau memulakan arahannya dengan berkata begitu dan begini dan dimata and perkara itu tidak wajar atau tidak berbalai ,anda sebagai suami haruslah bersikap berani dan menyuarakan pendapat kepada si isteri.

Nyatkan di situ bahawa anda tidak bersetuju dengan caranya kerana sebagai suami anda berhak bersuara dan bukan hanya menturuti.Ada perkara mungkin sesuai jika si isteri membuat keputusan dan jika perlu si suami haruslah bersuara.Dengan itu, mungkin ada dapat membuktikan bahawa tidak semua arahan si isteri anda perlu patuh bukan?

Tidak menuruti kehendak si isteri bulat-bulat............
Wahai si suami, jika sayangkan isteri pun pasti bukan menturuti segala kemahuan isteri hingga anda menjerut leher sendiri bukan. Anda mampu menilai dan berfikir..............

Teruskan dengan pembacaan dengan mendapatkan Majalah Stailista-Gerbang perkahwinan Edisi December di pasaran sekarang!




Tips Kahwin : 15 Cara Kurangkan Bajet/Kos Perkahwinan




Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.



Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.
6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
 
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?

13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
 

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.




Baitul Muslim -Bangun Malam


Teruskan Bacaan Jika Anda Serius Untuk Berkahwin Dengan Aman Nanti...


 













Tahukah Anda Bahawa.......
ü  Kos akan dapat dikurangkan jika anda membuat perancangan dengan tepat?
ü  Masa anda dapat dijimatkan jika anda tahu Jabatan Agama mana yang harus anda tuju dan borang apa yang harus anda isi?
ü  Tidak tertekan jika anda tahu dokumen apa yang anda harus sediakan dan di mana hendak lakukan pemeriksaan kesihatan?
ü  Persiapan akan jadi lebih mudah jika anda ada "checklist" Belanjawan dan Panduan Persiapan Perkahwinan seawal 6 bulan sebelum majlis?
ü  Tekanan dapat dielakkan jika anda selalu berbincang dan bermesyuarat dengan ahli keluarga dan teman rapat untuk membantu anda?
ü  Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya jika anda membuat rujukan yang betul dan membuat keputusan yang tepat



Anda Tak Tahu Apa-Apa Nak Buat Persediaan Untuk Kahwin? Bahaya Tu, Takut Kekecohan Nanti...



Tiada masa untuk membuat perancangan majlis perkahwinan kerana sangat sibuk dengan pelbagai urusan harian; Sibuk nak cari duit lagi..
·        Tiada pengalaman menganjurkan majlis-majlis besar; yela kan, baru 1st time kahwin..
·        Tahu ada banyak perkara yang perlu dilakukan, tetapi anda tidak tahu yang mana satu hendak dimulakan dulu;
·        Perlukan lebih banyak idea-idea menarik yang dapat menghasilkan majlis perkahwinan yang LEBIH "happening"! Tapi kekeringan idea, dan tiada masa..
·        Bertambah tertekan kerana kekurangan modal disebabkan telah silap membeli barang yang tidak perlu hingga berlaku pembaziran?
·        Tidak tahu bagaimana hendak membuat jadual dan "checklist" yang betul tanpa membuang masa melakukan persiapan yang tidak perlu?
·        Terpaksa mengambil cuti berulang kali untuk menguruskan permohonan berkahwin memandangkan anda tidak tahu di mana hendak dimulakan?
·        Pening mengumpulkan saudara mara anda yang sesat semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan?
·        Terpaksa membeli pelbagai majalah dan membuat pelbagai rujukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan namun kesudahannya anda jadi keliru?
·        Asyik duk pening kepala memikirkan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan kat mana nak dapatkan semua perkhidmatan kahwin dengan lebih mudah dan menjimatkan kos?
·        Perlukan sebuah buku yang mengandungi SEMUA panduan dan tip untuk merancang majlis perkahwinan yang menepati citarasa dan bajet anda;
dan jika anda seperti yang dinyatakan di atas, sila...