Senarai
Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu
Berikut
adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari
pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•
|
Cincin
belah rotan. (cincin tanda)
|
•
|
Wang
tanda (hantaran)
|
•
|
Baju
sepasang atau kain
|
•
|
Buah-buahan
|
•
|
Kuih-muih
|
•
|
Menentukan
siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa
saudara)
|
•
|
Wakil
pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada
anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
|
•
|
Jika
tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si
gadis.
|
•
|
Jika
ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang
iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
|
•
|
Jika
mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si
gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
|
•
|
Wakil
pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
|
•
|
Menetapkan
hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
|
•
|
Cincin
berlian
|
•
|
Sirih
junjung
|
•
|
Lain-lain
hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek,
dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
|
•
|
Wakil
pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si
gadis.
|
•
|
Minta
bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
|
•
|
Jika
ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam
hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
|
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Berbincang
hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah
pihak bakal pengantin.
|
•
|
Menentukan
perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk
majlis perkahwinan tersebut.
|
•
|
Menentukan
konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain
hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
|
•
|
Rujuk
direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin,
bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku
atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
|
•
|
Mengenalpasti
baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini.
(bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali
dengan pakaiannya)
|
•
|
Tempah
jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
|
•
|
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
|
•
|
Kenalpasti
Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam
(swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra
perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam
seluruh Malaysia)
|
•
|
Semak
semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan
pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan
lain-lain hantaran.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghadiri
kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam
swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah
tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi
Seluruh Malaysia)
|
•
|
Menempah
videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis
perkahwinan anda.
|
•
|
Membeli
cincin kahwin.
|
•
|
Tentukan
sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika
ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis
anda, serta harga yang ditawarkan.
|
•
|
Menyediakan
senarai tetamu yang akan dijemput
|
•
|
Menempah
sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
|
•
|
Lakukan
rawatan muka, badan dan rambut.
|
•
|
Jika
ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan
budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat
ditempah orang lain.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Memilih
dan mencetak kad jemputan kahwin.
|
•
|
Mengesahkan
tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan
sebagainya.
|
•
|
Melakukan
pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
|
•
|
Rawatan
intensif muka, badan dan rambut.
|
•
|
Memaklumkan
kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
|
•
|
Mengenalpasti
beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan
pihak lelaki.
|
•
|
Kenalpasti
dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
|
•
|
Bagi
wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di
sini untuk Panduan Perkahwinan – 8.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Membeli
barang kemas
|
•
|
Tentukan
pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
|
•
|
Menghantar
kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
|
•
|
Merujuk
kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar
pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan
Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan
pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah
berpuashati.
|
•
|
Pastikan
ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan
berlangsung.
|
•
|
Pilih
gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung,
pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Menghias
pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Sediakan
seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika
berlaku kecemasan.
|
•
|
Jika
perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
|
•
|
Hubungi
jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan
minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Sediakan
(packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan
melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
|
•
|
Mandi
air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
|
•
|
Tidur
awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
|
•
|
Tentukan
siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh
pada majlis pernikahan.
|
•
|
Hubungi
hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
|
•
|
Kenalpasti
siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan
anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Pastikan
anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan
semasa majlis ijab dan kabul.
|
•
|
Pastikan
anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
|
•
|
Pastikan
wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh
dipercayai.
|
•
|
Pastikan
anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
|
•
|
Cincin
/ gelang tangan / rantai.
|
•
|
Sirih
junjung dan lain-lain hantaran.
|
•
|
Pihak
lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah
jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
|
•
|
Pastikan
mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
|
•
|
Pastikan
tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari
pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
|
|
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju
(jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi
kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa,
Mendaling dan lain-lain.
|
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•
|
Ambil
sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak
bermaya.
|
•
|
Jangan
takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
|
•
|
Pastikan
majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
|
•
|
Pastikan
anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal
dari waktu yang telah ditetapkan
|
•
|
Pastikan
kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
|
•
|
Pastikan
anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki
sampai ke rumah anda.
|
•
|
Melawat
keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
|