Malam ini malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal
bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat
begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan
orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi
menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada
Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
“ Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur,
nanti saya tidur kan mereka dulu”
“ Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah
membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah
mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim
bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya........?
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
“ Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani
yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
“ SODAQALLAHULAZEEM”……………