14 Tips Tarik Suami Ke Ranjang
1) Tarik perhatian suami dengan
melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara
perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang
menghairahkan.
2) Cuba rapatkan dada anda ke
dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.
3) Mainkan rambut anda
ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan
lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.
4) Buat gigitan manja di leher
atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain
itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.
5) Isteri juga boleh meninggalkan
pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat
benda-benda itu.
6) Tatap mata suami dengan
pandangan yang mempesonakan.
7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan
usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke
belakang leher.
8 ) Hembus nafas anda ke telinga
suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar
mendakap anda.
9) Elak menyentuh kelemahan tubuh
suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang
sasa.
10) Sesekali pakailah pakaian dalam
yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang
singkat dan menggiurkan.
11) Selepas mandi atau sebelum
mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang
suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan
bahagian-bahagian lain.
12) Jangan lupa, ketika hubungan
seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga
boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh
menyeronokkan suami.
13) Usah terburu-buru dalam
hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.
14) Jika ingin lebih agresif.
Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan
yang berbeza.