"Abang, gaji bulan ini ayang nak beli sofa baru!", "Abang ,bulan ni , ayang nak rantai emas baru!", Abang, ayang tak kira! Kita mesti balik rumah mak say dulu baru rumah mak awak!" " Abang dekat mana? Tak reti nak balik ke? Pukul berapa nak balik hah?
Mungkin kita tak percaya, kadang-kala wanita " Queen Control!' kini semakin ramani dan menjadi-jadi.Sering kali berlaku sebegini apabila si isteri lebih berkedudukan dari si suami atau si isteri dari kalangan keluraga yang berada. Wanita ' Queen Control!" akan sering berasa hanya dirinya sahaja yang sempurna dan tidak pernah buat silap, malah dimatanya semua orang tidak sempurna.Oleh kerana itu dia akan sering mengarah mengikut kehendak dan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan pasangan.
Mungkin kebanyakan lelaki di luar sana, takut diejek atau di kutuk kawan kerana tidak berani melawan isteri atau bersikap tegas pada isteri hingga isteri berani meningggikan suara kepada sisuami.Namun tahukah hakikat sebenarnya, lelaki yang bersabar dengan kerenah isterinya sangat menyayangi isteri dan hubungan rumah tangga mereka, kerana itulah lelaki akan mengalah jika isterinya lebih bersikap "panas" dari si suami. Tapi awa ! ksabaran ada hadnya juga.Jika sudah melampau mungkin si suami akan membuat keputusan dan ketika itu tidak ada apa yang hendak dibetulkan lagi.
Bersua pendapat atau kehendak anda dengantegas jika si isteri menyatakan hasrat atau memulakan arahannya dengan berkata begitu dan begini dan dimata and perkara itu tidak wajar atau tidak berbalai ,anda sebagai suami haruslah bersikap berani dan menyuarakan pendapat kepada si isteri.
Nyatkan di situ bahawa anda tidak bersetuju dengan caranya kerana sebagai suami anda berhak bersuara dan bukan hanya menturuti.Ada perkara mungkin sesuai jika si isteri membuat keputusan dan jika perlu si suami haruslah bersuara.Dengan itu, mungkin ada dapat membuktikan bahawa tidak semua arahan si isteri anda perlu patuh bukan?
Tidak menuruti kehendak si isteri bulat-bulat............
Wahai si suami, jika sayangkan isteri pun pasti bukan menturuti segala kemahuan isteri hingga anda menjerut leher sendiri bukan. Anda mampu menilai dan berfikir..............
Teruskan dengan pembacaan dengan mendapatkan Majalah Stailista-Gerbang perkahwinan Edisi December di pasaran sekarang!