Dapatkan perhatian suami



Ketika di alam percintaan, apa sahaja yang anda pakai dan lakukan pastinya mendapat pujian daripada kekasih.Berbeza pula sesudah berkahwin, ramai wanita merungut tidak mendapat perhatian yang sama dari kekasih yang kini sudah bergelar suami.

Sebagai seorang isteri, bagaimana cara terbaik untuk kita mendapatkan semula perhatian dan pujian sebegitu daripada suami tersayang?

Sekiranya pasangan anda sudah hampir 'melupakan' kata-kata atau ungkapan pujian dan perhatiannya kepada anda, mungkin anda boleh bertindak memulakannya dahulu untuk menarik perhatian suami anda.

Namun, mengembalikan semula daya tarikan anda kepada suami, bukan sekadar lebih bercirikan fizikal dengan menukar penampilan kepada yang lebih menawan. Sebenarnya ia memerlukan lebih dari itu.

Jaga penampilan

Adalah penting untuk menukar penampilan anda kepada lebih bersih dan kemas apabila di rumah. Jangan hanya setakat berbaju tidur atau berbaju kelawar sepanjang hari. Jika anda suri rumah sepenuh masa, bila suami balik, ambil kesempatan untuk mandi, segarkan diri dan berpakaian bersih untuknya.

Tanya pendapatnya

Cuba tanya pendapatnya mengenai baju yang anda mahu beli ketika keluar membeli-belah. Biar dia tahu apa yang anda pakai semuanya adalah mengikut cita rasanya.

Kekal bentuk badan

Cuba kekalkan bentuk tubuh anda biarpun tidak seperti ketika anak dara.

Beli sesuatu yang 'rahsia'

Beli pakaian dalam yang disukainya dan biarkan dia tahu dia sentiasa di ingatan anda.

Jangan terlalu berkira

Luangkan sedikit masa dan wang dengan menjaga penampilan anda. Pergi spa, buat cucian muka, belanjakan untuk kuku dan tangan anda yang cantik, belia alat solek untuk berhias dan sebagainya.

Mulakan langkah awal

Cuba goda si dia dan berikan gerakan nakal anda sebagai langkah awal. Kadangkala, pasangan anda agak jemu dengan taktik yang sering dimainkannya, apa lagi, cubalah taktik baru dengan anda memulakan gerakannya dahulu.

Sumber Dari Utusan Malaysia